Jadual perjalanan lebuhraya PLUS Hari Raya 2012

Sek dah start cuti...rasenya start malam td org dah start balik kg...Kite org balik ke utara tahun ni..Raya ketiga baru balik ke pantai timur...yahooo suka! Tade plan nak balik kb pun this year..tp last2 asben ckp, jom la kite balik! Suka suka!

Citer pasal raya, biskut raya dah setel...baju raya pun dah setel. tunggu nak masukkan dlm beg jerk...Owh, raya kelima kite org naik Cameron Highlands! hehehehe...

Oklah, ni jadual perjalanan lebuh raya PLUS...kiteorg x pernah ikut pun cadangan masa ni...bertolak ikut suka, Yer la, plan2 kang...x gerak2 jugak kite org neh....Payah ngan anak2 kecik huuhuhu

Rebate tol 30% sempena hari raya dan merdeka
PLUS Expressways Bhd (PLUS) akan memberi rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata rebat tol itu akan diberikan kepada orang ramai pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini

Rebat tol tersebut diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS

“Ia merupakan satu langkah PLUS bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya dan Hari Merdeka selain merupakan satu strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Noorizah berkata pemberian rebat tol itu juga merupakan langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai bergerak pada hari di luar waktu puncak

Nota kaki: Hati-hati di jalan raya...ingatlah orang yang tersayang..... Selamat hari raya!!!


0 comments:

Post a Comment