Surat tawaran lantik GSTT secara kontrak dikeluarkan

Di petik dr Berita Harian 13 July 2011

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) merujuk kepada surat ‘Guru GSTT Menengah’ dari Taiping, Perak bertajuk ‘Guru Sandaran Tidak Terlatih sekolah menengah tuntut janji diserap ke jawatan tetap’ yang disiarkan pada 13 Mei lalu. 

Sehingga 1 Mei, seramai 5,926 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dilantik semula mengikut syarat seperti berikut; umur tidak melebihi 35 tahun, berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun termasuk 2010 dan memenuhi syarat pelantikan anggota perkhidmatan awam.

Bagi GSTT yang belum dilantik, selaras dengan keputusan mesyuarat bersama KPM dengan agensi pusat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 30 Jun lalu, KPM mengeluarkan surat arahan pada 1 Julai kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) supaya mengeluarkan surat tawaran melantik semula GSTT secara perkhidmatan kontrak mulai Julai ini sebelum mereka mengikuti latihan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada Disember depan atau Institut Pendidikan Guru (IPG) pada Januari tahun depan.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, 
Kementerian Pelajaran Malaysia. 



*Sampai skrg aku x dpt tawaran tu lg...harap2 ade la rezeki baby thn nih....

2 comments:

mmm kak maznah gstt ke? saya dulu pon gstt tp kolej komuniti la..memang lebih secure dr gstt sekolah sbb skarang dah confirm pon hehee

a'a hajar..3 thn GSTT kat sek men. entah bile la dpt jawatan tetap huhuhhu

Post a Comment