Bila org tipu...

Korang pernah menipu? atau di ditpu?? aku rase semua org pernah alami dua mende ni. Menipu untuk selamatkan diri sendiri dan ditipu kerana terlalu mempercayai seseorg, dan juga sbb-sbb lain yg menyebabkan seseorang itu menjadi penipu.

Apa rase kalo org tipu korang? Mesti sakit hati, hangin satu badan dan segala bagai perasaan kan???
Aku mmg x suka kalo org menipu nih! Depan ckp lain,blakang ckp lain!
Mmg x aman la hidup org yg suka menipu nih!

Ni aku amik dr Laman Seri
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (Surah al-Saff, ayat 2-3)

Keserasian antara perilaku dan tutur kata adalah satu sifat terpuji yang dianjurkan Islam. Sikap adalah lambang kepada keperibadian Muslim yang bertakwa kepada Allah. Oleh itu, Allah amat murka kepada orang yang bercakap tak serupa bikin.

Al-Syeikh Jamaluddin al-Qasimi dalam kitab tafsirnya Tafsir al-Qasimi menjelaskan, mengatakan sesuatu yang tidak pernah dikerjakan adalah satu perbuatan dusta dan sifat berdusta itu tidak akan wujud pada seseorang mempunyai maruah iaitu yang mengetahui akan harga dirinya. Sedangkan maruah adalah dasar utama menimbulkan iman. Jika dasar iman yang tulen itu bertapak kukuh di sudut jiwa, maka dengan sendirinya iman akan menumbuhkan dahan sifat terpuji. Apabila seseorang itu berbohong dan berdusta bermakna maruahnya sudah luntur atau iman mula goyah.



0 comments:

Post a Comment