Siakap Stim Limau

Add caption
Ni percubaan pertama aku buat siakap stim limau...hasilnya, saya LULUS! (sila abaikan sampah sarap itew)...en asben ckp sedap hihihihi....sgt bangga....siakap ni aku kerat dua.Sbbnya, x konfiden ia akan sedap....tp agak nyesal kerat dua sbb rasenya mmg sedap :(

Bahan-bahan
Ikan siakap
sos tiram (lumurkan pada ikan)
bawang merah, bawang putih
halia
serai
tomato (dadu@belah jerk)
daun sup, daun bawang
garam
air limau nipis

Cara-cara
1. Lumurkan ikan siakap dgn sos tiram & sket garam. Lumurkan sekali bawang merah, bawang putih, halia...Peramkan kejap.Aku malas nak tumbuk, so aku taburkan jer semua mende tu atas ikan
2. Pastu, leh start kukus ikan...masukkan tomato dan serai td. Bubuh la air setengah cawan utk kasi berkuah sket.Agak2 nak masak, baru bubuh daun sup & daun bawang.
3. Air asam limau jgn lupa perah!

0 comments:

Post a Comment