Scan lagi

Tadi 26 Mei 2011@8am aku appointment ngan KKIA Gombak Setia. Appointment utk scan semata-mata. Sementara tunggu turn, aku gatai2 timbang berat..huwaaaa, berat x naik banyak! Tadi timbang 48kg jerk (28week)...prev timbang 47.8kg (25week). Sempat ke aku nak naikkan berat sblm 2 Jun ni?? huhuhuh


Hasil scan hari ni:
1. Uri masih di bawah. Godek punya godek, doc ckp uri dah kena pintu rahim sket tp dia x berani nak confirmkan lagi. Memandangkan aku kena follow up ngan HKL 7 Jun ni, doc ckp biar HKL yg confirmkan nnt..Doc pesan,masa nak scan ngan HKL tu nnt, aku jgn kencing. Sbb senang nak tgk uri tu dah kena pintu rahim or tak. Doc ade bgtau td, biasanya dlm tempoh 28w-32w uri akan bergerak naik. Tapi selalunya payah la nak naik...uhuks....

2. Kedudukan baby: songsang (kepala kat atas) tp dia ckp jgn risau sbb masih ade ruang utk dia kembali ke kedudukan normal

3. Baby sihat + aktif..alhamdulillah.Thank God!

Nasihat: Jauhkan diri dr suami hahahah

Lepas scan, aku p tapau nasi lemak sambal sotong. Makan dgn penuh selera sbb pagi td x sempat nak makan apa2...Lepas tu, colek 2 biji pelam epal...sgt sedap! Lepas entry ni, aku mau tidoooo....

Pelam epal

Motivasi: Aku Redha!

0 comments:

Post a Comment