Lepat Pisang

Pagi td, awal2 subuh yg gelap gelita en asben dah kena amik daun pisang kat belakang umah sbb aku nak buat lepat pisang! dlm byk2 kuih, tatau nape lepat pisang jd pilihan...balance pisang nnt nak buat apam pisang plak....

br jer tutup api nih!
Bahan-bahan
pisang (aku campur pisang emas ngan pisang berangan)
3 sudu gula
secubit garam
1 1/2 cawan tepung gandum (ade org campurkan ngan tepung beras. tp aku x bubuh pun)
1 cawan santan
daun pisang (utk bungkus)


Cara-cara
1.Lenyekkan pisang
2.Masukkan tepung gandum,gula,garam dan kacau. Kemudian masukkan santan
3.Sambil2 tu, leh panaskan pengukus
4.Ambil sehelai daun pisang, letakkan 2@3 sudu adunan td dan bungkus dgn comei. Kukus sampai masak!

Lepat pisang

0 comments:

Post a Comment