Khasiat sengkuang cina

Ni sket info pasal sengkuang cina....

Sengkuang cina
Credit to : TryMasak


Bahasa Inggeris: Water Chestnut
Nama Saintifik: Eleocharis dulcis

Sengkuang Cina, sejenis sayuran berkulit coklat bertekstur seperti kertas ini ialah bahan ruji dalam masakan Cina. Walaupun dalam bahasa inggeris namanya ‘water chestnut’ namun ia bukan sejenis kacang. Ia adalah sayuran air yang tumbuh di paya. Disebabkan itu, apabila membeli sengkuang cina, ia akan diliputi sedikit lumpur.

Sengkuang Cina boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana ia mempunyai rasa berkanji yang asli. Teksturnya pejal dan rangup, menambahkan rupa kepada masakan goreng, salad, atau apa saja masakan yang mahukan rasa rangup. Antara kegunaan biasa Sengkuang Cina:
  • Campurkan dengan sayuran seperti kacang sepat dan rebung, bersama kicap dan bahan perisa lain untuk digoreng.
  • Masukkan sengkuang cina yang dicincang kepada sup, salad, nasi, dan inti.

Sengkuang Cina juga boleh dijadikan snek yang berkhasiat. Sesuai untuk mereka yang pentingkan makanan seimbang kerana ia kurang lemak tetapi sumber terbaik untuk fiber dan vitamin B. Selain itu, sengkuang cina mengandungi mineral lain seperti kalsium, zat besi, potassuim, dan zinc.

Tip:
Apabila memilih sengkuang cina, pilih yang pejal, kulit rata dan tiada tompokan lembut. Jika tidak, kemungkinan besar isinya lembik setelah dikupas.

Khasiatnya:
1. penawar bronkitis
2. menurunkan tekanan darah tingggi
3. meredakan selsema, batuk dan demam
4. mengelakkan drpd baby kena jaundis@kuning. ibu2 kena amalkan sewaktu mengandung....(kawan aku soh aku amalkan. dia pun amalkan & anak dia x kena kuning! aku nak try amalkan ni nnt!)


4 comments:

Kalau ibu dalam pantang selepas bersalin,bolehkah memakan sengkuang cina ni??..bertujuan utk megurangkn kuning pd bayi???

ibu dlm pantang saya x pasti plak..tp saya aritu, sebaik saja baby kuar wad, kami terus mandikan bb dengan air daun kucai...daun tu blend dgn air.pastu tapis hampas dia...air tu jirus bdn bb..tiap kali mandi kami mandikan.alhamdulillah, bb tade kuning.kerapkan bg susu ibu juga..

owh lupe..lepas mandikan bb dgn air daun kucai tu, x perlu bilas dgn air paip...biar je dan lapkan cam biasa

Lau kencing manis bole kurangkan ✗ semsa pegnen

fantaghiro: x pasti mengenai kencing manis. mungkin kawan2 lain boleh beri info. tq

Post a Comment