566 Hari Mencari Cinta



Sinopsis
Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?


Komen aku:
Nyesal beli! sgt2 tabest! aku tatau pendpt org lain cemana..kalo tgk kat fb, ramai ckp novel ni best. tp bg aku, tak best langsung! rase nak baling jer buku tu.....cuba korang bayangkan, dr awal bab sampai akhir bab, penulis ni asyik citer Firdayu ni dating ngan org tu...dating ngan org ni.....cam ulang mende yg sama jerk.....cuma situasi + org yg dia dating tu jer yg lain.....tu yg agak boring aku membacanya hehehe....

0 comments:

Post a Comment