Singgang Daging

Act, ni menu makan tgh hari kite org smlm. aku tatau nak buat apa dah ngan daging ni....dah buat daging goreng, daging masak kicap, kari daging...tinggal sejemput ni lg aku x reti nak masak apa...nak buat air asam, cili padi tadok...pk punya pk, tetiba teringat nak masak singgang....pronouns kelate "singge" ok! singge daging ni version kelantan yer.....

Singgang Daging Kelantan

Bahan-bahan (utk 2-3 org makan)
500g daging
2 sudu ketumbar (ditumbuk)
bawang merah + bawang butih (dihiris)
lengkuas + halia (aku x boh lengkuas sbb tade stok. hehehe....pun dihiris jugak)
6 tangkai cili kering (aku pakai cili boh jer dlm 2 sudu. sng..main campak2)
2-3 keping asam gelugur
sedikit gula melaka@nise (tujuan dia nak kasi kaler merah dia cantek. leh apply kat mana2 masakan yg menggunakan cili boh. kaler dia cun!)

Cara-cara
1.tumiskan segala bahan yg dihiris tadi + cili boh
2.masukkan daging dan kacau sebati
3.bubuh air (agak2 sendiri la. tgk daging byk mana) + nise + asam keping + garam
4.masak sampai daging empuk

*cara masak ni ikut kreativiti la. ade yg rebus daging dulu br boh bahan2 lain. tp aku tumis dulu....

0 comments:

Post a Comment