Selamat Hari Wanita


8 March...Hari Wanita Sedunia....utk semua para wanita, lagu ini khas utk anda...

Kau digelar penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambutmu
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hati mu bak kaca yang rapuh
Kuat kan lah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk di alasi
Bukan dari kepala untuk di junjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah WANITA hiasan duniawi

Mana mungkin lahir nya bayangan yang lurus elok
Jika datang dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang di bentuk
Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan....

Buat kaum Adam, hargai lah + cintailah + lindungilah wanita.... Jangan tinggalkan mereka keseorangan & pimpinlah setiap langkahnya....

0 comments:

Post a Comment