Nasi Kerabu

Smlm, aku buat nasi kerabu! wuuhuu...sgt2 penat! aku siap invite kakak aku + adik aku yg dok kat KL ni jugak...alang2 dah buat, aku buat lebey sket sbb nak kasi jiran2 aku...pepagi lg aku dah gerak laki aku, ajak p cr bahan2 nak buat nasi kerabu ni....dan acara memasak bermula sejurus balik dr pasar. Oh yer, kalo dah weekend, nak makan menu lain dr yg lain, maka en asben WAJIB tolong isteri yer! tambahan lg isteri yg tgh pregnant ni!


My Nasi Kerabu
Bahan-bahan
Nasi kaler biru (aku buat putih jer sbb mana nak jumpa bunga nasi kerabu kat KL ni. x teringat plak nak cr  kaler biru)

Sambal nyior@kelapa
Bawang putih + bawang merah + halia ½ inci (ditumbuk)
Serai 2 batang- dihiris
Kelapa parut 500g- digoreng tanpa minyak sehingga kuning dan ramas kasi hancur
Ikan kembung (dibakar + di buang tulang + di tumbuk)
Garam
1/2 sudu teh lada hitam (aku pakai lada itam serbuk)
* bahan2 yg di tumbuk td di campur dgn kelapa parut yg telah di ramas. masukkan ikan, serai. garam, lada itam. bleh jugak boh bawang merah + serai yg di hiris halus2 (aku tumbuk jer semua...senang nak makan)

Tumis (kuah)
Halia ½ inci + bawang putih 2 ulas + bawang merah 6 biji + cili kering beberapa tangkai (di blend)
Serai 2 batang (di ketuk)
Gula Melaka ¼ keping atau sedikit gula
Garam
Asam gelugor  (lupe nak campak..huhuhu)
Santan 4 cawan
Daun kesum
1 sudu budu (optional - sesetengah org x boh. tp aku bubuh sbb nak bg ade rase) 
*campak jer semua bahan yg telah diblend bersama serai dan santan. bila dah pecah minyak, masukkan daum kesum, garam, gula melaka, budu

Ulam
Daun serai kayu, kacang panjang, daun kesum, kobis,tauge (ikut la apa ulam yg korang suka pun)

Bahan sampingan yg lain 
budu, keropok, telur masin,ikan celup tepung@daging bakar, solok lada (x buat sbb x jumpa lada utk buat solok)

Nota: Malam tu, lepas isyak aku terus pengsan sampai pagi...giler penat buat nasi kerabu...huhuhu...lebihan ulam + ikan kembung yg masih segar bugar dlm peti ais tu, aku buat laksa kelantan plak...nnt aku upload gmbr dan resepi yer!

0 comments:

Post a Comment