Karipap

Ahad lepas punya citer gak....sambil aku buat laksa kelantan, aku buat karipap jugak...cam biasa la, aku ceduk resepi ni dr blog hajar. ni la 1st time dlm sejarah hidup aku buat karipap. tp mintak mahap ler..aku x pandai nak mengelim...tp sbb nak try jugak buat, aku beli jer sarang karipap ni..kan senang keje tu! x yah sakit hati kalo hasil kelim x menjadi....:D

Karipap kena chicken pox :D

So,bahan2 ni mmg sepenuhnya dr Hajar yer!
Bahan-bahan
Kulit Karipap

• 250g tepung gandum
• 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
• 2 sudu besar minyak masak - panaskan ( aku x boh minyak. guna marjerin cair sepenuhnya)
• garam +  air

Inti
• 5 biji kentang@keledek (di potong dadu)
• 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless ( x bubuh sbb tade bekalan)
• setangkai daun kari
• daun sup
• 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji@ potong dadu. (dah rebus tp luper nak bubuh...huwaaa)
• 21/2 sudu besar kari ayam/daging
• 1 biji bwg besar + 2 ulas bwg putih
• garam
• gula - jika perlu
• air

Cara-cara

1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
2. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
3. Bila initi dah masak,masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
4. Goreng dengan api yang sederhana.

0 comments:

Post a Comment