Jodoh Atau Cinta


Ok, dah habis baca novel ni! Aku amik masa 2 hari lebey nak habiskannya. Novel ni merupakan karya sulung buat Haiza Abdul Halim atau nama penanya Iman Nizrina. Mengandungi 507 muka surat dan berharga RM19.00 (semenanjung) dan RM22.00 (sbh/swak). Novel ni juga diterbitkan oleh Kaki Novel yer! 

"Tak perlu berteka teki..jika benar jodoh ini takdirNya...hiasilah aku dgn cinta itu"

Sinopsis

Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk  menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.

Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.

Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka? 

Kesimpulan yg bleh dibuat, best citer ni...tapi agak pening...jap kat M'sia, jap kar oversea....pastu byk sgt kejadian yg berlaku....huhuhu...apapun, layan saja....tinggal sebiji novel lg x start baca iaitu Doktor Cinta!

0 comments:

Post a Comment