Jenahak Bakar Petai

Ok, aritu aku ade bgtau yg jiran depan umah sedekahkan seekor ikan jenahak kan? ala, prev entry pasal jenahak tu la...smlm, dgn semangat wajanya aku telah buat jenahak bakar petai...dan hasilnya seperti gmbr di bawah....hihihih...

Jenahak Bakar Petai
Bahan-bahan
2 keping ikan jenahak
beberapa mata petai
daun pisang yg telah di layurkan (pembungkus ikan bakar)
2 batang lidi (nak cucuk daun. tp aku stapler jerk)

7 biji lada merah (cili kering lebih baik) + 7 biji cili padi + 5 biji bawang putih + 1 labu bawang besar + sedikit belacan (di blend)
1 sudu kecil pati asam jawa
garam + minyak

Cara-cara
1. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak (aku titikkan serai sket..bg ade bau hehehe)
2. Letak ikan di atas daun pisang dan bubuh bahan yang ditumis serta petai.
3. Bungkus ikan dengan daun pisang dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak 

Peringatan: Jangan habiskan bahan tumis td. sbb tkt sambal tu kering sewaktu di bakar..nnt makan x sedap. so simpan siap2 sambal tumis td. leh makan masa makan nasi...sedap weh! Hari ni aku nak buat kari ikan jenahak jerk...tunggu update yer!

0 comments:

Post a Comment