Botol susu polikarbonat diharamkan

Buletin Utama 14 Mac smlm telah melaporkan bahawa Kementerian Kesihatan telah mengharamkan penjualan botol susu yang jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA)...Penguatkuasaan pengharaman tersebut berkuatkuasa pada 1 Mac 2012 (lambat lg....masalah skrg, ade lg ke yg nak beli? nape x diharamkan serta merta?)

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata

“Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

“Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu,” katanya.



Berita lanjut, leh baca sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Pict credit to Kosmo Online
Persoalan:  Cemana nak kenal botol yg mengandungi BPA dan BPA free? Tade plak di nyatakan....so how? At least bgtau la ciri2 botol tu...kalo botol mahal, mmg la dia ade mention pada kotak...botol BPA ni yg bersepah2 dijual tu ker?

0 comments:

Post a Comment